? Kursus

Perhatian: Bagi pelajar SPM, anda digalakkan untuk mengambil kelas secara peribadi kerana bahan yang digunakan untuk kursus-kursus lain adalah berbeza daripada silibus SPM.

? Pakej Ikigai ?

(Individu)

  • Kelas secara live menggunakan platform pilihan pelajar
  • Jadual fleksibel dan pelajar boleh memilih kekerapan kelas
  • Akses kepada nota, latihan dan pelbagai lagi di portal
  • Lebih berfokus, progres yang lebih cepat
  • Sokongan dari guru pada bila-bila masa
  • Kadar RM50 bagi setiap jam
  • Sesuai bagi yang ingin belajar dengan cepat
  • 3 Tahap – Tempoh masa bergantung kepada kekerapan kelas dan prestasi pelajar
  • Tempah slot pertama anda dengan menekan “daftar”

? Pakej Sakura ?

(Berkumpulan)

  • Kelas secara live menggunakan platform Zoom Meetings
  • Kelas pada hari Selasa, Lecture: 8-8:50pm, Aktiviti: 9-9:30pm
  • Akses kepada rakaman kelas
  • Kelas pertama akan diumumkan selepas slot penuh
  • Akses kepada nota, latihan dan pelbagai lagi di portal
  • Berkenalan dengan rakan baru
  • Sokongan dari guru pada bila-bila masa
  • Kadar RM80 bagi setiap bulan
  • Sesuai bagi yang bekerja, tetapi mempunyai waktu hampir tetap
  • 3 tahap – 3-4 bulan bagi setiap tahap
  • Sahkan slot anda dengan menekan “daftar”

? Pakej Kitsune ?

(Pembelajaran Kendiri – Self-paced online course)

  • Pembelajaran diurus oleh pelajar
  • 12 modul pelbagai topik
  • Akses kepada nota, latihan dan pelbagai lagi di portal skolaschool.com
  • Progres bergantung kepada pelajar
  • Sokongan dari guru pada bila-bila masa
  • Kadar RM99 bagi akses 6 bulan
  • Boleh dilanjutkan jika memerlukan lebih masa
  • Dapatkan akses sekarang dengan menekan “daftar”

Soalan Kerap Ditanya (FAQ)

Berapakah umur yang sesuai untuk mengikuti kelas bahasa Jepun ini?

Kursus-kursus kami sesuai bagi mereka berumur 13 tahun ke atas. Kami juga menggunakan sumber-sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menghasilkan bahan pembelajaran.

Saya sibuk bekerja dan saya tidak pasti jika saya boleh hadir ke kelas setiap Selasa bagi kelas berkumpulan.

Anda boleh memilih kelas secara individu (Ikigai) atau kursus online kami (Kitsune). Pakej kelas berkumpulan adalah bagi mereka yang boleh hadir ke kelas setiap Selasa malam.

Adakah pelajar akan diberi rakaman kelas?

Hanya bagi kelas berkumpulan, terdapat rakaman kelas.

Adakah guru bahasa Jepun orang natif Jepun?

Tidak. Guru kami ialah orang tempatan. Matlamat kami adalah untuk menyampaikan bahan pembelajaran melalui bahasa Malaysia supaya mereka yang tidak mempunyai asas bahasa Inggeris juga boleh mengikuti kursus kami. Guru kami berpengalaman mengajar di pusat tuisyen, dan juga bekas pekerja di salah sebuah syarikat Jepun sebelum ini. Beliau juga sering mendapat pujian kerana sebutan bahasa Jepunnya yang sangat natural.

Jika saya sudah membuat deposit, adakah saya perlu membuat bayaran bagi kelas pertama (bagi kelas berkumpulan)?

Ya, benar. Deposit hanyalah sebagai “cagaran” dan hanya akan dipulangkan pada penghujung kursus. Berikut adalah peraturan berkaitan deposit dan pembayaran:

– Jika tidak mahu teruskan selepas kelas 1 – full refund
– Jika tidak mahu meneruskan selepas kelas 2-3 – partial refund (perlu bayar kelas yang telah dihadiri)
– Jika tidak mahu meneruskan selepas kelas 4 tamat – tiada refund untu deposit (masih perlu bayar kelas yang telah dihadiri)

Ini bermakna, pelajar mempunyai 3 kelas pertama untuk menilai sama ada kursus kami sesuai atau tidak. Jika ingin berhenti dan mendapatkan partial refund, sila maklumkan kepada kami sebelum kelas ke-4

Bilakah saya perlu membayar yuran?

Bagi kelas individu, perlu membayar sebelum setiap kali kelas. Bagi kelas berkumpulan, perlu dibayar bulanan sebelum kelas pertama setiap bulan.

Apakah yang saya perlu lakukan apabila membayar yuran?

Jika anda membayar bagi kelas individu, masukkan tarikh kelas di bahagian “reference”. Jika anda membayar yuran untuk kelas berkumpulan, masukkan nama kumpulan (akan diberi) dan bulan (contoh: Julai 2022) di bahagian “reference”. Kemudian, hantarkan bukti pembayaran (pdf/resit/screenshot) kepada pihak admin kami melalui Whatsapp.

Apakah yang saya akan pelajari dalam ketiga-tiga tahap ini?

Pelbagai topik seperti berkenalan dengan orang baru, menceritakan rutin harian, bertanya arah, membeli di kedai dan pelbagai lagi. Tatabahasa yang diajar juga diuji dalam peperiksaan JLPT. Anda juga akan mempelajari untuk menulis dan membaca tulisan Jepun (Hiragana, Katakana, Kanji).

Adakah kelas dijalankan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium?

Sedikit, buat masa sekarang, kami menggunakan kebanyakannya bahasa Malaysia semasa kelas.

Hubungi admin kami (Whatsapp) bagi sebarang pertanyaan